Kenapa Beli Emas Ada KOS UPAH?

Masih ramai yang belum tahu kenapa kedai emas ada charge kos upah. Jangan salah faham, Kos upah ni bukan dari kami, tetapi dari kilang, upah kepada tukang emas yang telah membentuk, memproses, menukang untuk menghasilkan emas tersebut. Jadi, kos upah ini untuk hasil kerja tukang emas lah.

Harga semasa emas kedai belum termasuk harga kos upah, (harga semasa kedai RM189/g untuk emas 916) , kami beli emas di kilang menggunakan gold bar, jadi gold bar tersebut akan dileburkan untuk buat barang2 kemas barulah terhasil rantai tangan, rantai leher, dan lain2 tu, okay?

CONTOH MACAM TEMPAH BAJU 
Awak beli 4 meter kain dekat JAKEL dgn harga RM 30/meter. So bila dah ada kain, kena la cari tukang untuk buat kain tu kan, kita bayar upah dia nak gunting, cantum kain, jahit bagi jadi bajuu. Harga upah pulak kan beza ikut jenis / fesyen baju. Nak murah, buat baju kurung mungkin RM50 je, nak cantik tambah manik labuci boleh cecah ratus.

Samalah dengan barang kemas ni, RM189 tu harga segram emas 916. Nak buat jadi fesyen2 ni, kita upah tukang buat. Harga berbeza ikut jenis, hollow lebih mahal, berbanding padu, sebab pembuatannya lebih rumit. Sama juga jika ada tambahan krom emas, dia jadi macam dua warna untuk satu barang.

KESIMPULAN
kalau kita beli emas tu, mesti ada tambah kos upah. Kos upah tu untuk bayar TUKANG EMAS tau :). TAPIIIII… ada jer emas yang takde kos upah, Contoh Gold bar (Pamp Suiise), dan Dinar ( tetapi bergantung juga kepada pengeluar).

2017-08-18T18:39:32+00:00 July 8th, 2017|0 Comments