Rahsia Memilih Perhiasan Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

Emas atau silver? Yang mana 1 lebih sesuai dengan anda? Pernahkah anda terfikir atau sekadar memakai sahaja untuk tampil lebih bergaya? Pemilihan aksesori mengikut kesesuaian warna kulit juga penting untuk tampil lebih yakin.

Cara menentukan warna nada kulit anda :-

– Perhatikan warna pembuluh darah (di pergelangan tangan)
– Perhatikan warna pembuluh darah (di pergelangan tangan)
– Terbahagi kepada dua iaitu warna sejuk (cool colour) dan warna hangat (warm colour)
– Cool colour akan lebih berwarna kebiru-biruan pada pembuluh darahnya.
– Warm colour akan lebih berwarna kehijau- hijauan pada pembuluh darahnya.

Perhiasan sesuai untuk warna nada kulit anda :-

1. Cool Colour Skin Tone
– Lebih sesuai memakai Silver atau logam berwarna putih seperti Emas Putih dan Platinum.
– Batu yang sesuai ialah Mutiara, berlian, batu berwarna pink, unggu, biru, merah dan magenta.
– Berlian yang sesuai ialah Berlian hitam dan berlian Cubic Zirconia.

2. Warm Colour Skin Tone
– Lebih sesuai memakai Yellow Gold atau logam berwarna keemasan seperti Brass (kekuningan) dan Copper (Tembaga) atau logam dengan lapisan emas kuning (gold-plated).
– Batu yang sesuai ialah mutiara bewarna kekuningan atau coral dan batu berwarna coklat, oren, hijau, kuning,peach,coral dan turquoise.
– Berlian yang sesuai ialah yellow diamond, champagne, chameleon dan orange diamond.

2017-02-21T12:39:12+00:00 February 21st, 2017|0 Comments