7 Tips Mudah Untuk Selamatkan Barang Kemas Anda

Barang emas mestilah dijaga dengan rapi. Bukan mudah untuk mengekalkan kilauan barang emas dalam jangka masa yang lama. Ada sesetengah wanita sangat menitik beratkan penjagaan barang emas sehingga takut untuk memakainya. Berikut ialah tips untuk selamatkan barang emas anda.

1. Jangan Sembur Pewangi Pada Emas.
Minyak wangi boleh memudarkan emas. Elakkan terkena barang emas semasa menyembur minyak wangi.

2. Simpan Ditempat Khas.
Simpan emas didalam kotak khas bagi mengekalkan kualiti dan kilauannya. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari dan simpan didalam suhu bilik. Sebaiknya balut emas didalam kain untuk mengelakkan daripada calar.

3. Elakkan terkena peluntur.
Elakkan barang emas terkena peluntur kerana bahan kimia dalam peluntur boleh merosakkan barang emas. Dalam jangka masa yang panjang boleh memutuskan barang emas. Ish rugi nye kalau barang emas terputus.

4. Jangan Pakai Emas Ketika Mandi.
Sebaiknya elakkan memakai emas ketika mandi kerana bahan kimia dari sabun dan shampoo boleh memudarkan emas.

5. Kurangkan Mencuci Atau Mengilap Barang Emas Di Kedai.
Sebaiknya lakukan sendiri dirumah atau hantar dikedai sekadar perlu sahaja. Jika kerap mencuci emas dikedai akan mempengaruhi berat emas kerana permukaannya dikikis sedikit.

6. Berhati – Hati Ketika Mandi Kolam.
Jika anda kerap mandi kolam dan melakukan aktiviti air, elakkan memakai emas kerana bahan kimia didalam klorin boleh memudarkan emas. Periksa juga cangkuk barang emas agar ketat kerana emas boleh tercicir didalam arus deras air.

2017-02-15T12:33:30+00:00 February 15th, 2017|0 Comments