8 Tips Rahsia Membeli Barang Emas Bernilai Tinggi

Barang emas bukan sahaja dijadikan sebagai perhiasan wanita, malah boleh dijadikan sebagai aset. Barang emas boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi. Bukan semua barang emas bernilai tinggi. Ada yang susut nilai sehingga 25% -50%. Berikut ialah tips untuk memastikan barang emas bernilai tinggi.

1. Beli Barang Emas Yang Padu.
Elakkan membeli barang emas yang berlubang atau kosong didalam kerana Densimeter tidak dapat membuat bacaan yang tepat sekiranya barang emas mempunyai batu permata. Barang emas yang padu lebih kukuh, tahan lasak dan susah putus. Jika barang emas yang putus akan di trade-in sebagai used gold dan ditolak 25%.

2. Beli Barang Emas 999 (24k) atau 916 (22k)
Kedua-duanya mempunyai nilai ketulenan yang tinggi. Mudah sahaja untuk mengenal pasti sama ada emas 999 atau 916 lihat pada bahagian belakang barang emas biasanya akan dicop ‘999’ atau ‘916’. Emas jenis 999 dan 916 tidak meninggalkan kesan kehitaman jika dibakar. Tetapi ada sesetengah kedai tidak menerima pajakan emas 999. Digalakkan membeli emas 916 untuk mengelakkan kes tidak boleh dipajak.

3. Simpan Resit Belian
Resit belian emas sangat penting kerana ada sesetengah kedai akan minta resit semasa pajakan. Jika ada resit, kedai emas akan beli dengan harga diskaun 20%. Jika tiada resit kedai emas akan beli dengan harga 25% dari harga semasa.

4. Elakkan Beli Emas Yang Ada Batu Permata
Kerana nilainya rendah jika dijual dan tidak diterima untuk gadaian. Emas 916 jarang ada batu permata kerana ia tidak cukup kuat untuk pegang permata. Tetapi awas jika emas 916 yang ada batu permata, kemungkinan bukan 100% emas 916. Sebaiknya periksa dengan teliti.

5. Survey Kos Upah
Ada sesetengah kedai yang hanya tunjuk harga emas tanpa dicampur dengan kos upah. Sebaiknya tanya dahulu dan bandingkan harga kos upah antara beberapa kedai. Walaupun design yang sama tetapi harga kos upah berbeza mengikut kedai. Semasa membeli emas cuba untuk tawar menawar harga kos upah.

6. Siapkan Diri Dengan Ilmu Emas
Sebaiknya beli emas dengan kedai yang jual dengan harga standard oleh FGJAM (Federation Of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Harga emas adalah berbeza mengikut kedai kerana upah kos yang berbeza mengikut setiap kedai, Jika ingin mengetahui harga standard dan kadar semasa emas boleh rujuk pada :-

www.fgjam.org.my atau http://www.hargaemas.com.my/harga.

7. Elakkan Beli Emas Putih
Emas putih memang cantik. Tetapi kebiasaannya tidak laku jika dijual. Emas putih ialah campuran 75% atau 37.5% emas dan selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama seperti silver dan bezanya cuma emas putih terdapat cop ‘705’ atau ‘375’. Ada sebahagian kedai emas yang membeli emas putih dengan harga diskaun 30% jika beserta resit pembelian dan 50% jika tiada resit pembelian.

8. Nilai Belian Balik(Trade-in) Dengan Harga Yang Tinggi
Sebaiknya cari kedai emas yang membeli barang emas dengan harga yang tinggi. Secara purata, nilai belian emas adalah dalam kadar 20%-25%, tetapi ada kedai yang membeli balik dengan kadar 15% untuk emas yang dibeli dikedainya dan mesti disertakan resit belian.

2017-02-13T12:32:51+00:00 February 13th, 2017|0 Comments