6 Rahsia Bagaimana Emas Bermanfaat Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Emas merupakan salah satu logam mulia yang dijadikan perhiasan atau sebagai pelaburan. Namun sejak akhir – akhir ini emas digunakan sebagai medium kecantikan dan kesihatan. Banyak produk dan spa kecantikan yang menggunakan emas untuk merawat wajah dan kelihatan cantik. Berikut adalah manfaat emas untuk kecantikan dan kesihatan :-

1. Mencegah Penuaan.
Kulit yang kering akan menyebabkan kulit kusam dan nampak tua sebelum usia. Emas dalam produk boleh membantu meremajakan kulit dan kulit lebih lembab.

2. Mengurangkan Kedutan, Garis Halus Dan Lingkaran Hitam.
Kulit yang cantik dan berseri menjadi idaman setiap wanita. Emas dapat mengaktifkan sel-sel yang penting pada kulit. Tidak hairan lah rawatan yang menggunakan emas harganya sedikit mahal kerana kesan pada kulit yang menakjubkan.

3. Merangsang sel Kulit.
Ion yang terdapat dalam emas membantu merangsang penumbuhan sel kulit baharu, dan memperbaiki pembuluh darah sekaligus meningkatkan kemampuan kitaran darah dan memperbaiki metabolisma badan.

4. Mencerahkan Kulit.
Emas merupakan logam mulia yang berkilau. Produk yang mempunyai emas boleh mencerahkan kulit hasil effect daripada kandungan dalam emas yang membantu mencerahkan kulit.

5. Mengubati Elergik.
Emas juga memberi manfaat kepada kesihatan. Antioksidan yang terdapat dalam emas mampu meningkatkan kitaran darah dan membantu mengurangkan jerawat dan merawat elergik kulit.

6. Membaiki Kulit Rosak Akibat Sinaran Uv.
Khasiat didalam emas membantu memperbaiki kulit yang rosak akibat sinaran uv yang berlebihan. Melanin yang rosak menyebabkan kulit gelap dan nipis. Selain itu emas juga membantu meningkatkan ketegangan kulit pada lapisan tissue. Masalah kulit kendur dapat dielakkan.

2017-02-05T12:31:13+00:00 February 5th, 2017|0 Comments