6 Teknik Dan Cara Mengetahui Ciri-ciri Emas Asli Atau Palsu

Sangat penting untuk mengetahui ciri-ciri emas palsu atau asli. Sebagai ilmu dan persediaan agar tidak tertipu semasa membeli emas. Berikut ialah 6 cara untuk mengenal pasti emas asli ataupun palsu.

1. Periksa Ciri Emas Secara Visual
– Periksa cop pada emas biasanya ia tertera dalam bacaan fineness (1-999 atau 0.1 – 0.999) dalam bacaan karat (10k, 14k, 18k, 22k, atau 24k). Jika terlalu kecil gunakan kanta pembesar untuk pastikan dengan betul kerana sesetengah emas palsu juga dicop dengan bacaan emas agar Nampak seperti asli.
– Cara kedua ialah periksa peruabahan warna, gosok dengan jari pada mana-mana bahagian. Emas palsu akan menampakkan warna logam yang lain dan perbezaan warna dengan emas asal.

2. Uji Emas Dengan Megnet
– Gunakan magnet dan uji pada emas. Jika emas melekat pada magnet bermakna ia adalah emas palsu kerana sudah bercampur dengan logam lain. Tetapi harus diingatkan bahawa ada emas palsu yang dicampurkan dengan bahan logam lain yang non-magnetik. Awas! Dan pastikan ianya betul-betul emas asli.

3. Gores Emas Pada Ceramic
– Ini merupakan salah satu cara yang mudah tetapi agak berisiko kerana emas mungkin akan tergores dan calar. Caranya adalah goreskan emas pada permukaan ceramic, jika ada goresan hitam bermakna emas itu adalah palsu tetapi jika tiada kesan hitam bermakna itu adalah emas asli.

4. Gigit Emas
– Cara ini biasanya dilakukan oleh atlet. Boleh juga menggunakan cara ini tetapi emas akan sedikit kemek dan mempunyai kesan gigitan. Caranya dengan mengigit emas tersebut (jangan terlalu kuat) secara teori, emas asli akan terdapat sedikit kesan gigitan, kesan gigitan semakin dalam jika emas adalah 24 karat.

5. Uji emas dengan Nitric Asid
– Ini merupakan cara yang cukup bagus untuk mengenal emas asli atau palsu tetapi cara ini agak bahaya kerana menggunakan asid, sebaiknya minta pekerja kedai emas untuk membuatnya. Langkahnya adalah seperti berikut :-

a. Letak emas dalam bekas stainless steel.
b. Letak setitik Nitric Asid pada emas dan lihat kesan perubahan yang dihasilkan.
c. Reaksi warna hijau menunjukkan logam besi berlapis emas.
d. Reaksi emas menunjukkan logam kekuningan berlapis emas.
e. Reaksi warna susu menunjukkan logam perak berlapis emas.
f. Jika tiada reaksi bermakna ia adalah emas asli.

6. Ukur Kepadatan Emas
– Kepadatan emas yang tepat ialah 24k iaitu sekitar 19.3g/ml. mengukur kepadatan emas agak rumit kerana perlu melalui banyak prosedur. Berikut adalah prosedur untuk mengukur kepadatan emas.

a. Ukur berat emas dalam gram menggunakan penimbang digital.
b. Isikan air didalam bekas yang mempunyai bacaan ml (milliliter).
c. Catat jumlah ukuran air sebelum emas direndam.
d. Letak emas dalam bekas dan menggunakan tali. Setelah emas direndam, catat bacaan air selepas emas direndam dan bandingkan bacaan air sebelum dan selepas emas direndam.
e. Gunakan formula kepadatan : kepadatan = massa/volume. Jumlah yang hampir dengan bacaan 19 g/ml adalah emas asli.

2017-02-02T12:31:18+00:00 February 2nd, 2017|0 Comments